Soal Selidik Bengkel ASASI (1)

Terlebih dahulu ASASI mengucapkan terima kaseh pada para peserta yang telah menghadiri Bengkel Pengislaman Ilmu 2008 yang dianjurkan di ATMA, UKM baru-baru ini. Bengkel yang melibatkan 20 peserta, meskipun kurang dari jumlah sasaran awal, telah mendapat reaksi lisan yang positif. Walau bagaimanapun, pihak ASASI ingin merekodkan segala ulasan, kritikan dan cadangan mengenai bengkel tersebut dalam bentuk yang lebih konkrit lagi bagi memperbaiki segala kekurangan yang ada.